Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
diucapkan kepada pembaca yang budiman

Selamat datang ke minisite BinaUsahawan.com
bagi pengenalan Ebook bertajuk :
“MemBina Usahawan”

90% FAKTOR KEJAYAAN BERGANTUNG KEPADA SIKAP
  • Hasil kajian kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan peneraju-peneraju syarikat utama di dunia mendapati bahawa kejayaan dalam sesuatu perniagaan adalah banyak bergantung kepada faktor sikap peneraju itu sendiri.

  • Hanya 10% sahaja faktor kemahiran yang menyumbang kepada kejayaan individu itu. Ini membuktikan kita selama ini hanya menumpukan kepada kemahiran untuk berjaya tetapi ini tidak cukup untuk membawa kepada kejayaan yang sebenar.

  • Oleh sebab itu ramai antara kita menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk menghadiri kursus memantapkan kemahiran, tetapi kita tidak mengendahkan ilmu bagaimana kita ingin mengubahkan sikap kita untuk berjaya, walhal ini adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan anda.

  • Sebagai contoh yang kita lihat kepada tanggungjawab tugas seorang polis trafik. Tugas beliau adalah menjaga lalulintas pada masa yang dipertanggungjawab, memastikan aliran trafik berjalan lancar, menghubungi pusat kawalan jika berlaku insiden yang tidak diingini dan mengeluarkan saman jika didapati terdapat pesalah jalan raya.

  • Namun apa akan jadi jika polis trafik itu tidak hadir bekerja, datang lewat untuk bekerja, membuat pekerjaan dengan sambil lewa dan sering ponteng dengan menghabiskan masa berbual-bual kosong di kedai kopi.

  • Tragedi pertama yang akan berlaku ialah kesesakan jalan raya akan bertambah huru rara, tragedi kedua pusat kawalan akan menjadi lintang pukang dengan maklumat kesesakan lalu lintas, tragedi ketiga polis trafik itu sendiri akan dipanggil untuk memberi keterangan terhadap kesalahannya, tambahan lagi polis trafik itu mungkin akan dikenakan tindakan akibat SIKAPnya yang sambil lewa dalam menjalankan tugasan.

  • Lebih malang jika kejadian ini berlaku pada bulan 10, maka polis trafik itu boleh menyanyikan lagu perpisahan daripada pekerjaan beliau dengan tajuk “Tragedi Oktober”
"DIRI MANUSIA ITU KECIL,
TETAPI DI DALAM DIRI YANG KECIL ITU,
TERDAPAT SATU ALAM YANG BESAR"
~ SAIDINA ALI
  • Ini adalah sebahagian contoh dalam hidup kita bagaimana kemahiran adalah penting dalam melakukan tugasan perniagaan kita, tetapi sikap yang buruk boleh menjejaskan kemahiran yang kita miliki.

  • Perubahan dalam sikap manusia tidak boleh dibuat dengan sekelip mata, begitu juga kemahiran yang kita ingin miliki tidak boleh dikuasai dalam satu hari. Perlu melalui proses sedikit demi sedikit supaya kita boleh menguasainya dengan baik.

  • Seperti yang dipetik daripada kata-kata Saidina Ali, walaupun kita semua adalah makhluk yang kecil, dalam diri kita ada satu alam yang tersangat besar. Alam yang membawa kita jauh kehadapan, alam yang membezakan antara satu individu dengan individu yang lain jika kita menggunakannya dengan berhikmah.

  • Manusia dikurniakan akal untuk berfikir, membezakan antara baik dan buruk. Ilmu yang kita pelajari dengan pembacaan dan pembelajaraan boleh membimbing kita ke arah kejayaan.

  • Oleh sebab itu perkongsian ilmu melalui Ebook ini sedikit sebanyak dapat memberikan buah fikiran kepada pembaca sekalian betapa memiliki sikap yang baik sangat penting bagi mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan

 

 

Buat julung kali ini adalah penerbitan pertama Ebook oleh BinaUsahawan.com yang bertajuk :

Naskah ini bukan membicarakan ilmu bagaimana membuat perniagaan internet, Ebook ini bukan mengajar membuat perniagaan francais, buku ini juga bukan memberikan tips-tips rahsia bagaimana untuk menjadi usahawan tani yang berjaya.

BinaUsahawan.com ingin berkongsikan bagaimana mengubah sikap kepada yang lebih baik kerana ini boleh menyumbangkan kepada 90% faktor kejayaan. Ebook ini berkisar tentang keperluan-keperluan asas minda yang dikehendaki bagi menjadi usahawan yang berdaya saing dalam pasaran. Memberikan idea apakah sikap yang perlu kita teladani dan bawa dalam melalui hari-hari untuk menjadi usahawan.

 

Berikut adalah kandungan yang dibincangkan dalam Ebook ini.

Bab 1 : Pendidikan

Bab 2 : Kepimpinan

Bab 3 : Dayajuang

Bab 4 : Berpandangan Jauh

Bab 5 : Kecekapan Diri

Bab 6 : Pembuat Keputusan

Bab 7 : Menangani Konflik

Bab 8 : Komunikasi

Bab 9 : Nilai-Nilai Murni
Sinopsis Bab 1 : Pendidikan
 
Metafor Gudang Kejayaan
 
Jika diandaikan kejayaan itu tersimpan di dalam sebuah gudang, maka sudah tentu kita akan menghampirinya setiap masa. Keinginan untuk membawa kejayaan yang ada di dalam sebuah gudang perlukan perancangan dan usaha yang gigih.
 
Namun untuk masuk kedalamnya adalah melalui pintu, dan untuk membuka pintunya kita perlukan kunci. Jika tiada kunci kita tidak dapat membuka pintu dan logiknya kejayaan tidak boleh dibawa keluar daripada gudang itu.
 
Begitu juga jika di alam realiti ini, kita mahukan kejayaan dalam bidang yang diceburi. Untuk meraih kejayaan kita perlukan ilmu pengetahuan. Dan kunci untuk membuka ilmu pengetahuan itu ialah dengan membaca. Banyakkan membaca, anda tentu akan meraih banyak kunci untuk membuka pintu gudang kejayaan.
 
Apa kelebihan ilmu daripada pembacaan?
 
Sebagai contoh, apabila kita membeli sebuah buku bertemakan tips penjagaan kereta. Kita dapat mempelajari segala permasalahan yang boleh diselesaikan tatkala menghadapi masalah di jalan raya. Kita juga dapat mengelakkan kerosakan besar jika tahu awal-awal lagi untuk melakukan servis penjagaan awal kenderaan anda sebelum melakukan perjalanan jauh. Anda sudah beruntung dapat mengelakkan kerugian beribu ringgit dengan mempelajari ilmu ini.
 
Manakala jika kita membeli sebuah buku kesihatan yang memberikan panduan penjagaan tubuh badan bagi sentiasa sihat dan cergas, sudah tentu kita dapat menjimatkan kos perubatan jika berlaku sakit akibat kurangnya ilmu dalam menjaga kesihatan. Ini bermakna anda bukan membeli buku, tetapi melabur sejumlah wang dan keuntungan boleh dijana dengan kesihatan, masa sihat dan penjimatan wang poket kita sendiri.
 
Dan sudah tentu jika kita melabur ilmu untuk perniagaan kita sebagai contoh mendapatkan buku tips untuk jualan berkesan dengan harga RM30. Ilmu yang diaplikasikan sudah tentu akan meningkatkan jualan perniagaan. Ia boleh memberikan keuntungan lebih daripada duit yang dilaburkan, bukan 100% malah lebih daripada 1000% keuntungan daripada RM30 yang dilaburkan. (Lebih hebat daripada skim cepat kaya bukan..)

3 Langkah mudah bagi mendapatkan : Ebook ”MemBina Usahawan

RM30


Langkah 1

Bayaran RM30 boleh dilakukan dengan melakukan pindahan wang melalui

1.

2. Pindahan wang antara bank melalui perbankan internet (bagi bank yang mempunyai kemudahan perbankan internet)

3. Menggunakan kemudahan pindahan wang melalui mesin ATM Maybank

4. Menggunakan kemudahan pindahan wang melalui mesin ATM bukan Maybank yang mempunyai kemudahan pindahan antara bank, contoh : CIMB mempunyai kemudahan pindahan wang kepada bank lain

5. Mesin cash deposit Maybank

6. Deposit wang terus ke kaunter-kaunter Maybank.

Maklumat pindahan adalah seperti berikut :

No Akaun : 5623 3940 0993
(Maybank Islamic)
Nama : AL FAROK CONSULTANCY
Jumlah : RM30

 

Langkah 2

Selepas membuat bayaran sila emailkan kepada kami slip bayaran sebagai bukti beserta dengan nama anda. Sila emailkan kepada : sales@BinaUsahawan.com

 

Langkah 3

Pihak kami akan membuat penghantaran Ebook melalui email dalam tempoh kurang daripada 3 hari bekerja. Sila maklumkan kepada kami jika tiada penghantaran selepas 3 hari bekerja kepada sales@BinaUsahawan.com


 

Selamat membaca Ebook ini dan diharapkan moga bahan bacaan ini boleh
menaikkan semangat anda untuk terus berjuang dalam bidang keusahawanan.

 

 

Sudahkah anda mendaftar newsletter BinaUsahawan.com?
Berikut adalah beberapa keistimewaan bagi yang melanggan newletter ini :

Isikan nama dan email anda dalam ruangan dibawah dan pihak kami akan menghantar maklumat-maklumat terkini pada setiap awal bulan.

:

:

 

salam

Ahmad Azal A Farok
http://www.binausahawan.com
http://www.binausahawan.com